Sinsuran seafood night / Pasar malam philipine
Perut menggerodak selepas penat berjalan makan angin di sekitar Kota Kinabalu? Anda boleh menuju ke Waterfront Seafood Night Market ataupun Sinsuran Seafood Night Market.
Di sini, anda sekeluarga boleh mengenyangkan perut yang lapar dengan menikmati bermacam-macam makanan laut yang dimasak secara fresh untuk anda nikmati! Tunjuk je apa yang anda nak makan, nak udang, ikan pari-pari, sotong atau bermacam-macam lagi, dan peniaga tersebut akan masak untuk anda.
Selepas puas menikmati makanan, anda boleh berjalan di kawasan lain pasar malam ini untuk membeli bermacam makanan tempatan lain dan sayur-sayuran yang segar ,kuih-muih yang sedap serta barangan kraftangan, perhiasan, hasil laut dan juga buah-buahan.
Paling laris di sini ialah mutiara. Disini terdapat mutiara jenis air tawar dan air masin yang dijual sebagai kerongsang, rantai dan gelang. Selain itu, anda juga boleh mencari cenderamata kecil lain seperti barangan buluh dan kayu untuk di bawa pulang. Sangat sesuai dijadikan buah tangan untuk di bawa pulang.
- Alamat : Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
- Waktu Operasi : 9:00 a.m – 10:00 p.m
Comments
Post a Comment