Posts

Showing posts from January, 2019

Kota Kinabalu Waterfront

Image
Ingin menikmati pemandangan matahari tenggelam yang memukau pandangan? Datanglah ke Kota Kinabalu Waterfront. Anda boleh berjalan di sepanjang laluan papan berkepanjangan 1.4 km untuk melihat pemandangan ini dengan sepuas hati. Di sekitar kawasan ini juga terdapat banyak tempat untuk makan makanan laut yang best untuk dicuba. Mana tidaknya, segalanya dihidangkan dengan segar! Nak makan ikan? Ketam? Udang? Dan macam-macam lagi makanan laut segar yang lain, segalanya ditawarkan di sini. Alamat:  Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu ____________________________________________________________________ ini adalah video penuh yang saya sempat rakam sewaktu balik cuti di kota kinabalu sabah enjoy with this video ehehehehehehe..

Street Art Graffiti Gallery

Image
Bukan hanya di Penang, di Kota Kinabalu juga ada lokasi seni jalanannya! Street Art Grafitti Gallery merupakan kawasan di mana grafiti dilukiskan pada sisa bangunan kolonial British yang dibina antara tahun 1918 ke 1920. Bangunan ini sebenarnya terselamat daripada kemusnahan yang banyak berlaku ketika Perang Dunia Kedua, namun begitu, sebuah kebakaran besar telah terjadi kepada bangunan ini pada tahun 1992 yang hanya meninggalkan tapak dan tiang-tiangnya. Apa yang tertinggal daripada bangunan tua ini telah dijadikan kanvas mereka-mereka yang dianugerahkan kreativiti dan ada juga yang sekadar merosakkan. Pada sekilas pandangan, anda pasti akan terfikir yang ini mungkin hanyalah kawasan grafiti yang tiada makna, kosong dan penuh dengan vandalisme, namun bila didekati, sebenarnya banyak sebenarnya grafiti yang cukup mempesonakan dan profesional hasilnya! Alamat:  20, Jalan Haji Saman, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Sinsuran seafood night / Pasar malam philipine

Image
Perut menggerodak selepas penat berjalan makan angin di sekitar Kota Kinabalu? Anda boleh menuju ke Waterfront Seafood Night Market ataupun Sinsuran Seafood Night Market. Di sini, anda sekeluarga boleh mengenyangkan perut yang lapar dengan menikmati bermacam-macam makanan laut yang dimasak secara fresh untuk anda nikmati! Tunjuk je apa yang anda nak makan, nak udang, ikan pari-pari, sotong atau bermacam-macam lagi, dan peniaga tersebut akan masak untuk anda. Selepas puas menikmati makanan, anda boleh berjalan di kawasan lain pasar malam ini untuk membeli bermacam makanan tempatan lain dan sayur-sayuran yang segar ,kuih-muih yang sedap serta barangan kraftangan, perhiasan, hasil laut dan juga buah-buahan. Paling laris di sini ialah mutiara. Disini terdapat mutiara jenis air tawar dan air masin yang dijual sebagai kerongsang, rantai dan gelang. Selain itu, anda juga boleh mencari cenderamata kecil lain seperti barangan buluh dan kayu untuk di bawa pulang. Sangat sesuai d...

Kota Kinabalu City Mosque / Masjid Terapung Likas

Image
Kota Kinabalu City Mosque ataupun Masjid Terapung Likas adalah masjid kedua yang terpenting di bandar Kota Kinabalu. Masjid yang terletak di pesisir pantai Likas ini memiliki keluasan sebanyak 14.83 hektar dengan kemampuan untuk menampung sehingga 12,000 jemaah pada satu-satu masa. Jika dilihat dengan teliti, masjid ini memiliki reka bentuk Masjid Nabawi di Madinah. Jangan lepaskan peluang untuk bersolat di sini! Sebelum ke tempat lain anda boleh melihat lukisan-lukisan yang dijual di ruang luar masjid ni, mungkin ada yang menarik hati? Alamat:  Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah